Thursday 14 July 2011

Format Pertandingan Paintball Amatur Tertutup Ranau 2011



Format Pertandingan Paintball Amatur Tertutup Ranau.
1.       1.Format pertandingan berupa merampas bendera lawan. (Capture the flag)
2.       2.Keluasan padang paintball Damai Eco Ranch ialah 46meter x 26meter.
3.       3.Masa yg diberikan selama 5 minit untuk satu pusingan.
4.       4.Setiap pasukan mempunyai 5 orang pemain dan 1 orang simpanan.
5.       5.Bermain secara liga dalam kumpulan. Sekiranya tidak ada pemain yg berjaya merampas bendera lawan dalam masa yg diperuntukkan, kemenangan akan dikira berdasarkan berapa pemain yg masih hidup dan yg ‘mati’.
6.         6. Terdapat dua bahagian ‘death box’ atau kandang keselamatan dimana, setiap pemain yg ‘mati’ atau ‘hit’ akan masuk kedalamnya untuk mengelakkan drpd ditembak.
7.       7.Pemain tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna kuning dan oren semasa bermain.
8.       8.Pemenang setiap pusingan akan ditentukan dengan kiraan markah:
-          Setiap pemain lawan yg ‘hit’ atau ‘mati– 4markah
-          Setiap pemain sendiri yg ‘hidup’2markah
-          Flag pull (menarik bendera musuh) -20markah
-          Flag hang (berjaya meletakkan bendera musuh ke ‘base’) -50markah
-          Jumlah keseluruhan markah adalah 100markah.
9.        9.Untuk pusingan kelayakan, setiap pasukan akan bermain 1pusingan sahaja. Markah akan dikira setelah pusingan tamat dan akan dicatat pada scoreboard. Dua pasukan yg mendapat markah tertinggi dalam setiap kumpulan layak masuk ke pusingan seterusnya. Dalam pusingan separuh akhir setiap pasukan akan bermain dalam 2 pusingan dan pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah. Begitu juga pada penentuan tempat ketiga dan akhir.
10  10. Sepanjang permainan berlangsung, terdapat 6-8orang marshall yang bertugas dan 1orang ketua marshall. Tugas marshall adalah memastikan setiap pemain bermain secara selamat dan melakukan ‘paint check’ pada setiap pemain. Marshall secara muktamad menentukan samaada pemain terkeluar atau ‘clean’. Ketua marshall pula bertugas mengira markah setiap pasukan yg bermain. Sebarang bantahan hendaklah diajukan kepada ketua marshall selepas permainan.
      11.Pemain berhak untuk meminta marshall untuk memeriksa pihak lawan (paint check) sekiranya merasakan tembakannya mengenai musuh. Paint check  hanya akan dilakukan sekali bagi setiap lawan. Pemain perlu menjerit paint check kepada marshall yg bertugas sahaja.
12.  12.Sekiranya terdapat pemain yg melanggar peraturan semasa bermain, penalti akan dikenakan berdasarkan peraturan seperti 141, 241, 341.
13.   13.Perhatian !!!, sekiranya ada pemain yg membuka mask semasa pertandingan dijalankan, samaada sebelum, semasa ataupun setelah tamat perlawanan. Secara automatik pasukan tersebut akan dikira kalah dan kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.
14.   14.Setiap pasukan akan dibekalkan peralatan daripada penganjur pertandingan (Damai Eco Ranch)
15.   15.Peralatan yg dibekalkan ialah seperti :
-          Mekanikal marker jenama Tippman 98custom single barel dan single trigger (20 buah)
-          Topeng muka atau google/mask (10)
-          Harness dan pod.
-          Co2 canister dan bekalan Co2.
16.   16.Barrel socks atau stoking barel hendaklah sentiasa dipasang semasa berada diluar gelanggang dan ini adalah tujuan keselamatan.
17.   17.Setiap pemain perlu menyerahkan semua peralatan kepada pihak penganjur selepas tamat perlawanan.
18.   18.Marker gun sendiri tidak dibenarkan. Untuk mengelakkan kecederaan, pihak penganjur pertandingan telah mengurangkan tekanan angin pada marker iaitu 240-230psi sahaja.
19.   19.Setiap pasukan juga akan dibekalkan pellet sebanyak 250biji untuk setiap pusingan dimana 50biji untuk setiap pemain.
20.   20.Setiap pemain berhak untuk membeli pellet tambahan sekiranya pellet yang diberikan tidak mencukupi. Pellet tambahan boleh dibeli daripada penganjur pertandingan. Pellet dari luar tidak dibenarkan.
21.   21.Harga pellet tambahan adalah seperti berikut:(TERBARU!!!)
-          Rm10.00 -50biji
-          Rm20.00 -100biji
-          Rm40.00 -200biji
-          Rm65.00 -500biji
-          Rm200.00 -2000biji(1kotak)