Sunday, 15 May 2011

Perginya orang tersayang.

Pada tanggal 14hb Mei 2011, perginya ibu mertua saya pada pukul 6.25pg sabtu. Sedih rasanya kehilangan seorang ahli keluarga secara mengejut. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al - Fatihah...

Wednesday, 11 May 2011

Peralatan 2

Assalamualaikum semua..

Bersambung lg kita kepada cerita yg dulu, sampai mana sudah aaa..? oh!ya dulu kita berakhir dengan pelletkan? Ok sekarang bersambung pula mengenai tank CO2 atau O2 atau HPA.
Tank berfungsi dengan menolak udara masuk kedalam chamber dan apabila trigger ditekan, udara atau tekanan angin ini akan dilepaskan dan menolak pellet keluar melalui barrel. Wah! sudah macam subjek sains la pulak.
Mungkin ada lg peralatan seperti vest, neck protector, knee pad, glove dan sebagainya. Peralatan ini boleh digunakan semasa bermain sukan paintball ini untuk perlindungan tetapi tidak semestinya perlu sangat terutama kaum lelaki kalau guna benda2 ni tidak la macho. Tetapi kalau takut tu, boleh la digunakan jg.
Ok la kawan-kawan, nanti saya bercerita pulak pasal peraturan dimasa akan datang. Terima kasih kepada yg melawat blog saya ini dan sila-silakan lah mengeluarkan komen-komen anda.


Salam

Monday, 9 May 2011

Peralatan.

Bila bercakap mengenai peralatan dan peraturan mungkin ramai yg sudah tau..?
Macam saya, pertama kali mendengar perkataan paintball dan melihat dalam televisyen, macam 'siok ja' tgk. Mana tidak, dengan 'senjata' ditangan dan berlari pantas dengan aksi 'sliding dan diving' cuba untuk mengalahkan pihak lawan seperti kata orang kita 'macam di tiwi!(tv)'. Terasa macam mau mencuba sukan ni, tetapi ada baiknya jika kita tau serba sedikit tentang peralatan dan peraturan sukan ini.
Antara peralatan yg penting ketika bermain ialah marker, mask, tangki carbon dioksida(CO2), oksigen(O2) atau tekanan udara tinggi (HPA) dan pellet. Ini adalah beberapa peralatan yg dapat saya perkenalkan sementara ini, nanti saya sambung lg pada masa akan datang.
Mask atau google atau topeng muka adalah peralatan yg paling penting semasa bermain dipadang ini, kerana ianya menjaga bahagian muka kita daripada terkena pellet. Terutamanya pada bahagian mata, telinga, hidung dan mulut. Kalau tidak, habislah muka kita.. terutamanya mata, mana ada 'spare part'. Mungkin kita tidak pernah mendengar atau membaca berita mengenai kemalangan semasa bermain paintball tetapi percayalah, memang ada. Itu la sebabnya peraturan memakai mask ini betul2 dititikberatkan.

MARKER atau orang kampung 'bilang' senapang atau pistol juga merupakan peralatan yg penting semasa bermain paintball. Tetapi didalam paintball, tidak ada istilah senapang atau pistol kerana senjata ini lebih dikenali sebagai marker. Marker ini dilengkapi dengan Loader(Feeder), Trigger, Tank dan Barrel. Malah ada diantara marker ini menyerupai senjata sebenar. Itu nanti saya cerita sebab didalam paintball ini ada pelbagai jenis dan cara untuk bermain. Terdapat dua jenis marker iaitu mekanikal dan elektronik dan kedua-duanya menggunakan tekanan CO2 atau oksigen untuk mengeluarkan pellet melalui barrel.
  
Peluru paintball atau lebih dikenali sebagai pellet juga adalah penting semasa bermain paintball. Sekiranya terkena pada benda keras, ianya akan pecah dan terdapat cecair berwarna didalam pellet tersebut. Jangan risau, cat atau cecair ini akan hilang dalam beberapa minit saja. Cecair berwarna digunakan kerana ini memudahkan kita mengetahui mana pemain yg 'hidup' dan mana yg sudah 'mati'.

Rasanya penerangan serba ringkas saya mengenai peralatan paintball ini cukup untuk sementara ini, mata pun sudah mengantuk, nanti akan saya sambung semula pada bahagian kedua. Sekiranya ada pertanyaan atau komen dari pembaca, sila lah komen pada bahagian komen. Terima kasih semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saturday, 7 May 2011

Lokasi.




Terletak di Kg Lohan skim 2, padang permainan paintball ini baru saja siap dibina.
Bermula dengan menaikkan tiang sebanyak 46 batang, memasang nett keselamatan, dan menyusun tayar terpakai, tong drum dan papan plywood terpakai, akhirnya wujudlah padang paintball pertama di Ranau. Dengan keluasan 26 meter x 46 meter persegi, ini bukan lah standard sebenar padang paintball tetapi 'buli la orang bilang'. Mampu menampung maksimum pemain 5 lawan 5 peperangan paintball pasti menyeronokkan.
Bagi mereka yang belum pernah mencuba, ini la sukan lasak yang mampu membuat adrenalin anda mengalir.
hampir siap
 Kini hampir 90% keadaan padang ini telah siap, cuma yang tinggal ialah pemasangan nett keselamatan dan penambahan kubu-kubu menggunakan plywood terpakai dan barang2 terpakai lain.
Kepada yang ingin mencuba, sabar-sabar lah dulu kio.. kemungkinan padang ini akan di buka sekitar pertengahan bulan Mei, InsyaAllah.

     
 
 

pemasangan tiang nett

susunan bunker belum teratur

Ranau Paintball

Selamat datang saya ucapkan kepada semua yg melawat ke laman blog saya ini. Mungkin ada yg tersesat ke sini semasa melayari internet.
        Harapan saya, saudara saudari, tuan-puan, encik, adik, akak, abang, ibu, ayah, atau sesiapa pun anda, agar dapat memberi sokongan kepada blog saya ini. Saya akan mencuba sebaik mungkin untuk menjayakan blog ini dengan memenuhkan pelbagai informasi berguna dari masa ke semasa.
         Segala kelemahan itu datang dari saya, dan yang baik itu datang dari Allah. Tegurlah saya, kritik dan komen apa yg kurang. Sekian Terima kasih.