Monday 9 May 2011

Peralatan.

Bila bercakap mengenai peralatan dan peraturan mungkin ramai yg sudah tau..?
Macam saya, pertama kali mendengar perkataan paintball dan melihat dalam televisyen, macam 'siok ja' tgk. Mana tidak, dengan 'senjata' ditangan dan berlari pantas dengan aksi 'sliding dan diving' cuba untuk mengalahkan pihak lawan seperti kata orang kita 'macam di tiwi!(tv)'. Terasa macam mau mencuba sukan ni, tetapi ada baiknya jika kita tau serba sedikit tentang peralatan dan peraturan sukan ini.
Antara peralatan yg penting ketika bermain ialah marker, mask, tangki carbon dioksida(CO2), oksigen(O2) atau tekanan udara tinggi (HPA) dan pellet. Ini adalah beberapa peralatan yg dapat saya perkenalkan sementara ini, nanti saya sambung lg pada masa akan datang.
Mask atau google atau topeng muka adalah peralatan yg paling penting semasa bermain dipadang ini, kerana ianya menjaga bahagian muka kita daripada terkena pellet. Terutamanya pada bahagian mata, telinga, hidung dan mulut. Kalau tidak, habislah muka kita.. terutamanya mata, mana ada 'spare part'. Mungkin kita tidak pernah mendengar atau membaca berita mengenai kemalangan semasa bermain paintball tetapi percayalah, memang ada. Itu la sebabnya peraturan memakai mask ini betul2 dititikberatkan.

MARKER atau orang kampung 'bilang' senapang atau pistol juga merupakan peralatan yg penting semasa bermain paintball. Tetapi didalam paintball, tidak ada istilah senapang atau pistol kerana senjata ini lebih dikenali sebagai marker. Marker ini dilengkapi dengan Loader(Feeder), Trigger, Tank dan Barrel. Malah ada diantara marker ini menyerupai senjata sebenar. Itu nanti saya cerita sebab didalam paintball ini ada pelbagai jenis dan cara untuk bermain. Terdapat dua jenis marker iaitu mekanikal dan elektronik dan kedua-duanya menggunakan tekanan CO2 atau oksigen untuk mengeluarkan pellet melalui barrel.
  
Peluru paintball atau lebih dikenali sebagai pellet juga adalah penting semasa bermain paintball. Sekiranya terkena pada benda keras, ianya akan pecah dan terdapat cecair berwarna didalam pellet tersebut. Jangan risau, cat atau cecair ini akan hilang dalam beberapa minit saja. Cecair berwarna digunakan kerana ini memudahkan kita mengetahui mana pemain yg 'hidup' dan mana yg sudah 'mati'.

Rasanya penerangan serba ringkas saya mengenai peralatan paintball ini cukup untuk sementara ini, mata pun sudah mengantuk, nanti akan saya sambung semula pada bahagian kedua. Sekiranya ada pertanyaan atau komen dari pembaca, sila lah komen pada bahagian komen. Terima kasih semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

No comments: