Sunday 22 May 2011

BERITA BAIK BAIK BAIK.....!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

     Berita baik kepada semua rakan2 yg sedang menunggu pusat paintball Ranau, kini telah pun siap hampir 100%. Cuma ada sedikit lagi yg perlu ditambah, seperti death zone atau death box namun itu tidak menjadi masalah untuk membuatnya. 'Sekejap saja bah buat tu' hehehe..
     Kepada sesiapa yg berminat untuk mencuba sukan lasak ini, tempah la segera pada bila2 masa. Kecuali pada hari Jumaat saja dimana kami tutup untuk penyelengaraan. Ublog ntuk mengetahui harga kami, sila cek pada tajuk HARGA pada blog ini.

Budak-budak 3A
Perasmian Pembukaan

     Pada hari ini kami telah pun membuat pembukaan perasmian dengan membuat perlawanan persahabatan dengan budak-budak Damai Eco Ranch VS Marshall Damai Eco Ranch Paintball. Budak-budak ini lebih dikenali dengan nama Budak 3A ( Akim, Ayie, Ann ) mereka ni masih lg newbie atau 1st timer main paintball menyahut cabaran marshall-marshall Damai Eco Ranch iaitu Inggi, Eran dan saya sendiri.
Marshall DER
tetapi salah seorang marshal DER iaitu Eran off pada hari ini, jadi terpaksa lah kami berdua melawan budak 3A ni. So 2 vs 3 la, tidak adil tapi kami akur juga kerana mahu melihat kemampuan kami sebagai marshall DER.
     Persiapan budak 3A ini bukan main hebat lagi bermula dari kepala hinggalah ke kaki, lengkap berpakaian ala tentera. Maklum lah 1st timer,
hahaha.. Nasihat dan kata2 kami tidak dihiraukan seperti angin berlalu kata2 kami diendah begitu saja. Biarkan, 'bagi dorang rasa'.
     Sebaik saja kami memulakan pusingan pertama, dengan senang kami mengalahkan ketiga-tiga budak ni.. Aik! mana pergi strategi mereka yg dibincangkan tadi?.. muahahaha, rupanya mereka langsung hilang arah sebaik sahaja bermula.
Persiapan 
     Kalau diceritakan perlawanan sengit kami tadi, memang tidak cukup halaman blog ini, jadi dipendekkan cerita, budak-budak 3A kalah kepada kami 3-1. Cukup la kalau saya ceritakan melalui gambar-gambar yang sempat saya ambil selepas perlawanan tadi.

Menunjukkan kecederaan masing-masing
Headshot 
Kecederaan tangan

Kecederaan kaki

     Jadi apa tunggu lagi, datang dan cuba sukan ini. Rasanya kalau diceritakan pada blog saya ini, susah untuk saya terangkan bagaimana keseronokan bermain sukan lasak ini. 

SELAMAT MENCUBA...

No comments: