Tuesday 7 June 2011

Peraturan

Asamualaikum dan salam sejatera,

     Lama betul tidak melihat-lihat blog Ranaupaintball ni, rasa rindu pula tau. Jadi sambil saya santai-santai depan TV dan ditiup angin kipas, bah bagus jg kalau saya bercerita pasal peraturan-peraturan yg saya tau ni. Mungkin kawan-kawan boleh tambah atau komen apa yg kurang dan tidak betul.
     Peraturan ini sangat penting untuk mengelakkan daripada berlaku kecederaan yang serius. Oleh itu setiap peraturan sebelum, semasa dan selepas bermain paintball perlu dititik-beratkan dan diambil perhatian oleh setiap individu yang mahu bermain paintball tidak kira untuk hiburan atau secara serius.


Peraturan Paintball:
-Dilarang membuka Google atau mask semasa berada dalam padang paintball terutamanya ketika bermain
paintball. Sekiranya mask gagal berfungsi atau mengalami masalah semasa bermain, tunduk dan tutup pada
bahagian mata dan panggil marshall bertugas.
-Barrel socks atau Stoking barrel tidak boleh ditanggal ketika berada diluar daripada padang paintball, pastikan pin keselamatan atau safety pin di 'on' atau dipasang. Jangan halakan muncung barrel kepada
rakan- rakan ketika barrel socks dibuka dari barrel terutama ketika tidak memakai mask.
-Simpan barrel socks didalam poket seluar selepas mendengar arahan 'barrel socks off!' daripada
marshall. Apabila mendengar arahan 'safety pin off!', tekan pin keselamatan marker dan halakan
muncung barrel kebawah dan bersedia untuk berperang.
-Dengar arahan daripada marshall setiap masa, sebelum, semasa dan selepas bermain. Silap-silap kamu   boleh dimarahi. Gagal mematuhi arahan atau peraturan ni boleh menyebabkan kamu dikeluarkan,
dan dilarang memasuki mana-mana padang paintball.
-Sekiranya ditembak oleh pihak lawan, letakkan sebelah tangan anda diatas kepala yang menandakan anda
sudah terkena tembakan dan terkeluar daripada permainan. Segera keluar dari kawasan peperangan dan
masuk kedalam kawasan yang dipanggil death zone atau  death boxes dan tunggu permainan habis.
-Jangan tanggalkan mask dan pasang barrel socks semasa berada dalam death zone.
-Jangan lepaskan tembakan kepada pemain yang sudah terkeluar atau marshall. Sakit bah tu.
-Hormati setiap pemain atau lawan atau marshall.
-Bermain dengan hati-hati.

     Diharap kawan-kawan puas hati dengan penjelasan serba ringkas ini, dan dapat mengikuti peraturan ini setiap kali bermain paintball. Terdapat beberapa lagi peraturan yang belum saya sebutkan disini, nanti akan saya ceritakan bila ada masa dan waktu yang bersesuaian untuk saya bercerita lagi.

Sekian, Terima Kasih..

No comments: