Thursday 23 June 2011

Pertandingan Paintball Tertutup Ranau Anjuran Damai Eco Ranch

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

     Damai Eco Ranch akan mengadakan pertandingan paintball tertutup Ranau yg bertempat di Damai Eco Ranch resort. Ianya akan diadakan pada 23hb Julai 2011. Tujuan utama pertandingan ini diadakan ialah untuk memperkenalkan sukan lasak ini kepada remaja dan belia Ranau yg belum pernah bermain atau merasa sukan lasak ini, disamping itu ialah untuk mencari-cari bakat untuk diketengahkan kemana-mana pertandingan paintball yg diadakan diseluruh Malaysia.
     Mungkin pada masa2 akan datang, Damai Eco Ranch akan menjadikan sukan paintball ini sebagai acara tahunan atau mungkin akan mengadakan liga paintball Ranau dimana akan ada pertandingan sepanjang tahun untuk merebut piala rebutan.
   
Pertandingan Paintball Tertutup Daerah Ranau (Damai Eco Ranch)
1. Terbuka kepada remaja dan belia diatas 16thn dan berasal dari Daerah Ranau sahaja. Namum sekiranya  terdapat pemain/peserta dibawah 16thn, mereka hendaklah mendapat/menyediakan surat kebenaran drpd ibu bapa masing2.
2. Tidak pernah bermain dimana-mana liga paintball diseluruh Malaysia. Sekiranya terdapat pemain berpengalaman atau pemain dari divisyen 1,2 atau 3, secara automatik pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaannya. Namun begitu, mereka boleh dijadikan jurulatih atau pengurus pasukan dan tidak bermain.
3. Semua peralatan akan disediakan oleh penganjur ( DER ). Pemain tidak dibenarkan membawa peralatan sendiri ( marker ) dan pellet. Pellet boleh dibeli drpd pihak penganjur.
4. Terhad kepada 10 pasukan terawal sahaja. Pendaftaran pasukan berdasarkan 'first come, first serve'. Namum sekiranya penyertaan betul2 menggalakkan, pihak penganjur akan mempertimbangkan kemasukan pendaftaran.
5. Borang pendaftaran boleh diperolehi di:
-Damai Eco Ranch Resort.
-Damai Agro Trading ( Kedai Baja ).
-Metronet.
6. Yuran penyertaan sebanyak rm300 untuk 6org pemain ( 5 pemain + 1 simpanan ) dan hendaklah diserahkan pada atau sebelum 19hb Julai 2011. Seminggu sebelum pertandingan bermula.
7. Taklimat, penerangan dan cabutan undi akan diadakan pada hari Jumaat 22hb Julai. Semua peserta adalah digalakkan hadir supaya dapat mengetahui cara bermain dengan betul.
8. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada terma dan syarat pihak Damai Eco Ranch.

Format Dan Peraturan pertandingan :
1. Capture Flag : setiap pasukan akan cuba merebut bendera musuh yg diletakkan pada starting point dan perlu meletakkan ke 'base' sendiri.
2. Bermain secara liga dalam kumpulan atau pusingan kelayakan untuk mendapat tempat ke pusingan separuh akhir. Pada peringkat kelayakan, pasukan akan bermain 1pusingan sahaja. Kiraan markah untuk pusingan kelayakan adalah seperti berikut :
 a) Kill enemies - 4 points perplayer.
 b) Player lives - 2 points perplayer.
 c) Flag pull - 30 points.
 d) Flag hang - 20 points.
3. Pihak penganjur menyediakan 50biji pelet seorang setiap kali bermain. Namun, pemain atau mana2 pasukan boleh membeli pelet drpd pihak penganjur.
Harga pelet:
 -Rm15: 50biji pelet
 -Rm30: 200biji pelet
 -Rm65: 1paket (500biji pelet)
 -Rm250: 1kotak (2000biji pelet)
4. Pemain digalakkan memakai kasut semasa bermain untuk menggelakkan drpd kecederaan serius.
5. Dilarang melakukan aksi diving dan sliding semasa bermain.
6. Terdapat 6 org marshal dan seorg ketua atau head marshal ketika perlawanan berlangsung. Setiap keputusan marshal adalah muktamad dan sebarang aduan hendaklah diadukan kepada head marshal yg bertugas.
7. Setiap pemain akan diberikan kad id sebelum pertandingan bermula.
8. Semasa bermain, setiap pemain yg mati akan diarahkan memasuki kawasan 'death box' dan tidak dibenarkan memberi petunjuk kepada pemain yg masih hidup.
9. Penalti akan dikenakan kepada setiap pemain yg melanggar peraturan semasa pertandingan berlangsung. Peraturan pertandingan yg lebih lanjut akan disertakan pada setiap borang pertandingan. Taklimat jg akan diberikan sebelum hari pertandingan itu nanti.
10. Dilarang memakai pakaian berwarna kuning dan oren semasa pertandingan.
11. Sebarang perubahan akan diberitahu kelak.

Hadiah Pertandingan :
Tempat pertama - Wang Tunai RM700
Tempat Kedua - Wang Tunai RM500
Tempat Ketiga - Wang Tunau RM300

Hamper kepada setiap pasukan yg menyertai.
Sijil penyertaan.

      Diharap pertandingan ini akan memberikan sesuatu pengalaman baru kepada semua remaja dan belia diDaerah Ranau dan menjadikan sukan ini sebagai salah satu sukan yg diminati. Selamat berjuang kepada semua.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

No comments: